CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

Wednesday 28 March 2012

AKTIVITI KULIAH - PERKEMBANGAN MOTOR HALUS

PENGENALAN              
        
      Perkembangan motor yang baik bukan sahaja penting bagi kanak-kanak membuat gerakan tetapi ia juga merupakan keperluan asas bagi pembelajaran seorang kanak-kanak. Pembelajaran di sekolah misalnya, menyediakan pelbagai pengalaman bagi kanak-kanak mengembangkan kemahiran motor mereka. Contohnya, kanak-kanak yang baru memasuki alam persekolahan di Prasekolah, akan diminta untuk mewarna, memegang berus lukisan ataupun diajar cara memegang buku yang betul.  Kemahiran motor halus juga melibatkan pergerakan manipulatif yang memerlukan kanak-kanak mengawal penggunaan anggota badan mereka seperti tangan dan kaki.  Misalnya kebolehan kanak-kanak untuk memegang, membuka dan melepaskan gengaman.  Selain itu,  aktiviti seperti melambaikan tangan atau membaling objek juga dapat mengembangkan motor halus kanak-kanak tersebut.

Oleh itu, kami telah merancang dan melaksanakan beberapa aktiviti iaitu aktiviti menguntai manik,  aktiviti bermain pasir, dan aktiviti bermain air.

AKTIVITI MENGUNTAI MANIK

Kumpulan A menguntai manik. USAHA!

Pensyarah memberi komen tentang aktiviti ini bersama-sama Kumpulan B dan menjelaskan beberapa konsep yang berkaitan dengan aktiviti.

Cubaan membuat manik pelbagai warna oleh Kumpulan A.

Hasil manik yang menarik! 


AKTIVITI BERMAIN PASIR

Guru pelatih Unit Prasekolah bersedia untuk mencatat pemerhatian masing-masing.

Shahira dan Faikha seronok bersama-sama murid Prasekolah.

Anas dan Amira membantu Kumpulan A

Ahli Kumpulan B bersama-sama membuat bentuk.

Hazriq dan hasil bentuknya.

Banyaknya!

Aktiviti semakin rancak bersama Kumpulan A.

PASIR yang digunakan.

Inilah hasilnya!


AKTIVITI BERMAIN AIR

Bahan-bahan / ABM. Ini namnya kitar semula, idea siapakah ini.

CATAT JANGAN TAK CATAT!

Dengar arahan guru baru mula aktiviti.

Siti Fairuz membantu kelancaran aktiviti.

Sabar dan bekerjasama dalam bermain.

Macam-macam ragam kanak-kanak.

Waaaaaaaaaa! Cikgu Amira buat demonstrasi.

'Cuba kamu semua pula yang buat buih'

Tiup jangan tak tiup!

'Bila buih nak keluar ni'

Hooorrraaayyyyyyyyy!!! Buih siapa yang besar.

Bersihkan tangan anda selepas aktiviti. 


Syabas kepada ahli kumpulan ini yang telah menjayakan aktiviti tersebut.
Jumpa lagi di lain Rancangan Slot (amali).

AKTIVITI KULIAH - PERKEMBANGAN MOTOR KASAR

PENGENALAN

         
          Perkembangan motor kasar merujuk kepada aktiviti penggunaan kaki seperti berlari, melompat atau menendang bola.   Penggunaan motor kasar bagi tangan pula adalah seperti membaling, memukul malah mengangkat objek yang berat. Kanak-kanak yang sedang membesar, misalnya seawal umur 3 tahun perlu diberi aktiviti yang dapat menggunakan otot dan anggota badan mereka. Aktiviti ini akan dapat menggalakkan pembinaan kekuatan otot, keseimbangan, dan sokongan tubuh badan kanak-kanak serta merangsang keyakinan diri kanak-kanak. Aktiviti seperti berbaring, meniarap, berguling dan merangkak merupakan aktiviti yang baik untuk perkembangan motor kasar kanak-kanak ini.  

Untuk melengkapkan sesi amali kami pada semester ini, kami telah merancang satu Rancangan Slot berkaitan aktiviti perkembangan motor kasar kanak-kanak prasekolah di IPTHO dan Unit Prasekolah. 


 
Aktiviti Kemahiran Motor Kasar Lokomotor
Cadangan masa
20 minit
Fokus
Tunjang Perkembangan Fizikal & Estetika
Standard Kandungan
(PFK 2.1 ) Melakukan kemahiran motor kasar lokomotor.
(PFK 2.1.11) Berjalan dengan pundi kacang di atas kepala.
(PFK 2..1.10) Berjalan dan mengimbang badan di atas bangku panjang yang rendah.
(PFK 2.1.13) Berlari ke arah yang ditentukan.
(PFK 2.3.7) Melempar objek seperti gelung ke skittle.
(PFK 2.3.9) Melantun dan menangkap objek. (Contoh: bola besar) dengan kedua belah tangan
Standard Pembelajaran lain yang disepadukan
(PSE 2.1.3) Bersikap positif tentang kebolehan dan kekurangan/kelemahan (limitation) kendiri.
(PSE 2.2.2) Menunjukkan semangat dan sifat positif seperti berkeyakinan dan sabar.

Objektif pembelajaran
Membolehkan murid melakukan kemahiran motor kasar dengan cara yang betul. 

Murid dapat menjaga keselamatan diri semasa menjalankan aktiviti.

Konsep utama
Murid dapat mengembangkan kemahiran motor kasar mereka.

Kosa kata
Berjalan , imbang badan, melompat, melempar, melantun, menangkap
Alatan & bahan
1.     Pundi kacang
2.     Bangku panjang
3.     Gelung rotan
4.     Skittel
5.     Bola

Langkah Pengajaran:
Pendahuluan : Guru menggunakan muzik untuk mengiringi sesi memanaskan badan.
Perkembangan :    1.  Guru membahagikan 5 stesen untuk 5 aktiviti.
                              2.  Guru menerangkan  peraturan bagi setiap aktiviti kepada murid.
Peraturan untuk setiap stesen adalah seperti berikut:

Stesen 1
 -     Jangan jatuhkan pundi kacang
 -     Tidak boleh menyentuh pundi kacang dengan tangan
-    Jika pundi kacang terjatuh, murid dikehendaki mula dari skittel permulaan.
Stesen 2  
             -    Tidak boleh jatuh dari bangku panjang
             -  Jika jatuh dari bangku, murid dikehendaki mula dari permulaan
Stesen 3
             -  Murid dikehendaki berlari sehingga sampai ke skittel seterusnya
Stesen 4
             -    Murid diberi 2 gelung setiap seorang
             -    Murid dikehendaki melempar dengan tepat ke skittel
             -   Jarak antara pelajar dengan skittel adalah kira-kira 2 meter
Stesen 5
            -  Melantun dan menangkap bola sambil berjalan ke skittel yang      
    terakhir.
            -    Bola mestilah ditangkap dengan menggunakan kedua-dua belah
    tangan.

                              3.  Guru menunjukkan cara bagi melakukan aktiviti di setiap stesen.
                              4.   Murid melakukan aktiviti dari satu stesen ke stesen yang lain.

Penutup : Guru mengadakan sesi menyejukkan badan.


Pentafsiran :
Senarai Semak Kemahiran Motor Kasar Lokomotor
Tarikh : 26 Julai 2011
Bil.
Nama Murid
Berjalan bawa pundi kacang
Berjalan & imbang badan
Berlari dari 1 skittel ke 1 skittel lain
Lempar gelung ke skittel
Melantun & menangkap bola


Ya
Tidak
Ya
Tidak
Ya
Tidak
Ya
Tidak
Ya
Tidak
1











2











3











4











5











6











7











8











9











10











11











12











13











14











15











16











17












 ******************************************************************************************************


 AKTIVITI MOTOR KASAR BERSAMA 
MURID PRASEKOLAH TUNAS BESTARI IPTHO

Guru pelatih menyediakan tempat untuk aktiviti.

Murid Prasekolah sedang berjalan meniti bangku panjang menunjukkan perkembangan motor kasar (kaki).

Para guru pelatih memberi sorakan kepada murid-murid prasekolah.

Batrisya memasukkan gegelung kecil ke dalam kon dengan bimbingan Nur Asmat.

Akma berusaha menghabiskan permainannya.

Giliran Marissa pula untuk permainan seterusnya.


AKTIVITI MOTOR KASAR UNIT PRASEKOLAH
Para guru pelatih menyediakan tempat permainan sambil diperhatikan oleh pensyarah.

PRASEKOLAH BOLEH!!

Menunggu giliran rakan-rakan.
Masing-masing menyokong rakan sekumpulan.

Aktiviti ini amat menyeronokkan di samping dapat memberikan banyak faedah kepada perkembangan motor kasar kanak-kanak. Diharapkan, aktiviti seperti ini dapat diteruskan untuk mempraktikkan kemahiran yang berguna kepada kanak-kanak praskeolah.